22 Februari 2012

Islam Itu Indah

Ni antara mini poster yang saya reka sebagai melahirkan rasa kasih dan sayang kepada agama Islam yang murni. Semoga mampu menjadi satu medium dakwah untuk kita semua. InshaaAllah.



01 Februari 2012

PELANGI BISU


Pandang ke langit tinggi
Di sana ada pelangi
Cantik berwarna warni
Di balik awan bertambah seri
Seakan di taman syurgawi

Pelangi di awan biru
Ku ingin tatap selalu
Kehadiranmu akan kurindu
Walau kau tiba tanpa ku tahu
Kerana kau pelangi bisu

Pelangi hadir seketika
Bila biasan mencerminkan cahaya
Kala hujan membuka bicara
Engkau timbul merias dunia
Seindah jaluran cahaya
Berbaris tujuh tersusun mempesona
Dan menghilang bila-bila masa

Ku mahu kau terus di situ
Menemani hari sepiku
Usah kau berlalu
Menyanyilah alunan lagu
Dengan irama bernada sendu
Walau ku tahu
Kau hanya pelangi bisu

ZahidZidane
1 Feb 2012
9.26pm
Bangi, Selangor


17 Januari 2012

NATURE | Fraser's Hill

Saya kongsikan beberapa keping gambar yang sempat saya ambil ketika berada di Fraser's Hill pada Sabtu dan Ahad lalu.