01 Februari 2012
PELANGI BISU
Pandang ke langit tinggi
Di sana ada pelangi
Cantik berwarna warni
Di balik awan bertambah seri
Seakan di taman syurgawi
Pelangi di awan biru
Ku ingin tatap selalu
Kehadiranmu akan kurindu
Walau kau tiba tanpa ku tahu
Kerana kau pelangi bisu
Pelangi hadir seketika
Bila biasan mencerminkan cahaya
Kala hujan membuka bicara
Engkau timbul merias dunia
Seindah jaluran cahaya
Berbaris tujuh tersusun mempesona
Dan menghilang bila-bila masa
Ku mahu kau terus di situ
Menemani hari sepiku
Usah kau berlalu
Menyanyilah alunan lagu
Dengan irama bernada sendu
Walau ku tahu
Kau hanya pelangi bisu
ZahidZidane
1 Feb 2012
9.26pm
Bangi, Selangor
Label:
puisi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan