03 Januari 2012

Meniti Usia



Bicara tentang usia
Saban waktu dimamah masa
Tak pernah berhenti biar seketika
Kerana dia suatu yang setia
Terus beredar meninggalkan kita

Usia yang terus meningkat
Ada perkara yang harus ditingkat
Demi masa yang begitu singkat
Perginya berlalu tak dapat dilihat
Solat, Puasa dan Zakat
Haji menambah berkat
Qada' dan Qadar jadi pengikat
Pengukuh iman sebagai umat
Agar tenang menuju akhirat

Tika umur yang bertambah
Mohon segalanya selesai sudah
Segala urusan dipermudah
Hidup bahagia serba indah
Harungi ujian biarpun susah
Iringi doa sebelum pasrah
PadaNya jua kita berserah

ZahidZidane
10.05 am
3/1/2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan